Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Bercucuk Tanam di Tempat Baru

Imej
  Satu daripada sebab saya berpindah ke tempat baru empat tahun dahulu, ialah untuk mencari peluang membentuk cara hidup yang mungkin membawa kepada penyembuhan.  Di antara usaha adalah mengurangkan bahan racun dalam makanan.  Rumah baru saya mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam.  Maklumlah, saya berpindah dari lot banglo ke rumah teres.  Ini juga kali pertama saya bercucuk tanam sendirian.  Walaupun begitu, saya boleh mendapatkan bantuan daripada anak dan cucu lelaki saya.  Saya tahu saya perlu memperbetulkan beberapa sikap saya sebelum bermula.   Saya ingin membentuk minda pemula (beginner's mind).  Bukanlah saya tidak pernah bercucuk tanam, tetapi saya ingin mewujudkan keadaan diri yang terbuka dan menghayati setiap detik yang saya alami.  Saya mengharapkan bila saya tidak terlalu bergantung kepada andaian, pemikiran saya akan lebih kreatif. https://youtu.be/Vbok6_PgMKs Saya juga berfikir, minda pertumbuhan (growth min...

Mensyukuri Bantuan Ikhlas Seorang Guru

Imej
Kalau ingatan saya betul, Miss J mula bertugas di sekolah asrama saya ketika saya di tingkatan dua.  Saya amat tertarik dengan Miss J kerana dia berambut perang tetapi amat berlainan daripada guru-guru sukarelawan yang pernah bertugas di sekolah.  Saya berpeluang menyatakan keheranan saya apabila Miss J memanggil saya ke gimnasium.  "I am a mongrel, Halijah".  Itu jawapan Miss J.  Miss J risaukan lebam yang tidak mahu baik di kedua-dua tangan saya setelah bermain bola tampar.  Saya malu dengan Miss J kerana saya amat kekok apabila bermain apa-apa permainan fizikal. Satu hari, Miss J ternampak saya hampir pengsan.  Mungkin kerana saya tidak makan.  Saya banyak alahan, ada makanan yang menyebabkan saya tidak sihat.  Saya juga langsung tidak berduit.  Tidak ada pilihan untuk ke kantin.  Kalau ada yang mempelawa saya makan, saya menolak, kerana saya tahu saya tidak berpeluang membalas balik.  Tidak siapa tahu masalah saya.  Un...

Mempelajari Kepentingan Fokus

Imej
  Walaupun banyak masa kanak-kanak saya dihabiskan di atas pokok, saya bukanlah secara semulajadi pandai memanjat.  Tindakan memanjat memerlukan fokus dan perancangan.  Pokok menjadi tempat sembunyi, tempat selamat serta tempat paling mudah membuat pemerhatian.  Apabila saya tidak memberi fokus, kemalangan berlaku. Ayah pernah memindahkan kami sekeluarga ke tempat baru untuk mencuba nasib dalam satu projek.  Saya rasa kehilangan kerana tidak banyak pokok yang boleh dipanjat dengan selamat.  Tiap-tiap hari saya berlatih memanjat sepohon pokok berhampiran rumah sewa kami.  Lama kelamaan saya berjaya memanjat pokok tersebut dengan selesa.   Ada seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan saya ingin berkawan.  Namanya Lijah Simpul, kerana keningnya bersimpul.  Ibu saya mengerah saya berkawan dengan Lijah Simpul.  Kita di tempat baru, perlu mengambil hati orang lain, katanya.  Lijah Simpul kuat mengengek, tidak boleh salah...

Apa Yang Tersorok Dalam Badan Sendiri?

Imej
  Keadaan agak aman ketika saya dan keluarga mula mendirikan rumah.  Kawasan masih dipenuhi belukar, kelapa sawit serta pokok getah.  Tetapi setelah 10 tahun, makin banyak rumah didirikan.  Monyet makin banyak, mungkin sudah kehilangan tempat tinggal.  Satu hari, saya sedang menjemur pakaian, seekor monyet jantan menyerang saya.  Syukur saya sempat masuk ke dapur.  Anehnya, saya menggeletar dan tidak boleh bergerak, hanya mampu bersandar di dinding dan terduduk di lantai.  Saya selalunya bukanlah seorang yang cepat takut atau terkejut. Air mata berjurai-jurai, saya teringat kembali satu kejadian semasa saya berumur mungkin lima tahun.  Waktu pagi, tiada siapa di rumah, saya ditugaskan menjaga adik kembar saya yang sedang tidur di buaian.  Tiba-tiba seekor monyet jantan menerpa buai.  Saya rentap parang panjang ayah saya dan tanpa berfikir, menghalau monyet tersebut.  Syukurnya, dia lari ke tanah.  Saya menggigil dan berpel...

Memohon Kemaafan?

Imej
  Menyambung cerita, selepas kejadian saya menggigit bahu seorang remaja panjang lampai, gangguan fizikal terhadap saya berhenti.  Adakah mereka mengerti saya akan mempertahankan diri sehabis daya? Hanya yang tidak berhenti adalah ejekan.  Dah naik pangkat ye? Itu ketika satu lagi tampal naik ke baju.  Berbagai lagi kata cemuhan, tetapi saya boleh berjalan ke sekolah atau pulang ke rumah dengan tidak menghiraukan mereka. Ada satu kejadian yang sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, tetapi tiada cara mencari penyelesaian.  Hanya berdoa dan memohon ampun kiranya saya telah melakukan satu kezaliman.  Ada seorang guru pelatih yang amat muda, mungkin di awal 20han.  Dia mengajar di sekolah saya selama 6 atau 8 minggu. Dia mula mesra dengan saya apabila saya membantu dia mengajar pecahan.  Dia terkial-kial mencari perkataan tetapi pelajar masih tidak memahami konsep pecahan.  Saya membantu dengan menunjukkan keratan dan lipatan kertas.  Gu...

Sekotak Pensil Warna

Imej
  Saya ingin menyambung cerita Ustaz H.  Dia suka membawa saya ke kelas darjah lima dan enam.  Dia gunakan saya sebagai contoh budak rajin bagi memalukan budak-budak lelaki yang tidak tekun belajar.  Sebenarnya saya tidak rajin belajar, hanya belajar begitu mudah bagi saya.  Ketika itu ada pelajar yang amat besar, kerana umur pendaftaran sekolah tidak diseragamkan.  Tindakan Ustaz H menghasilkan dendam terhadap saya di hati remaja-remaja panjang lampai tersebut.  Mereka suka mengejek saya dan mengepung saya beramai-ramai.  Saya mengadu kepada ayah saya walaupun saya pasti dia tidak akan membantu saya.   Pertama jangan tunjuk rasa takut.  Capai apa-apa yang dapat seperti kayu dan sebagainya.  Jangan sesekali memulakan pergaduhan atau dengan sengaja melakukan kesalahan.  Itu pesan ayah saya.  Kalau kita di jalan benar, lebih senang orang baik-baik mempertahankan kita.  Kalau perlu mempertahankan diri, tumbuk dari b...

Menghukum Tanpa Bertanya

Imej
Bermulalah desas-desus saya tidak mahu berubat.  Ada pula yang takut terkena hantu kalau duduk dekat dengan saya.  Takut pula tersihir kalau berkongsi makanan yang saya masak. Terpinga-pinga saya.  Tidak percaya apa yang berlaku.  Mereka ini satu ketika saya anggap kawan.  Mereka ini juga melaungkan belas ehsan, kasih sayang, penerimaan tanpa syarat.  Tidak cepat menghukum orang lain.  Kata-kata hanya di mulut? Luluh hati saya, seolah-olah ditampar hingga terduduk. Ingin saya berhenti kerja.  Sukar sungguh bekerja dengan mereka yang berusaha mengenepikan saya.  Saya tenung muka anak-anak saya.  Bagaimana membesarkan mereka kalau tidak bekerja?  Saya amat bersyukur, oleh kerana saya membesar dalam keadaan yang amat perit, saya mempunyai kecekalan meneruskan tugas.  Saya tumpukan kepada mengajar dan membantu pelajar.  Saya tekad tidak menceritakan hal saya kepada pelajar.  Bertekad tidak memburukkan nama sesiapa.  ...

Di Mana Kan Ku Cari Ubat?

Imej
Ketika saya sibuk ke hospital, sistemnya lebih kucar kacir jika dibandingkan dengan keadaan sekarang.  Kadangkala hingga sehari suntuk untuk berjumpa doktor.  Doktor pula, dalam kesibukan, tidaklah ada masa mendengar dengan teliti.  Kesan sampingan ubat lebih kemungkinan ditolak ketepi.  Jururawat juga tidaklah sesabar sekarang.  Saya terfikir, begitu banyak masa terbuang dan tidak cukup untuk bersama anak-anak.  Saya mengambil keputusan berikhtiar cara lain Saya ada seorang kawan di Kanada.  Dia menjadi pencari bahan bacaan untuk saya.  Ketika itu tiada lagi internet dan maklumat tidak sesenang sekarang untuk diperolehi.  Apa-apa bahan berkaitan sistem autoimun diposkan kepada saya.  Amat bersyukur kerana Allah permudahkan untuk saya. Sekurang-kurangnya saya ada sedikit fahaman apa yang berlaku kepada diri saya.  Saya juga mula membaca buku-buku perubatan Islam. Juga membelek Al Quran dengan lebih teliti. Ini semua memberi saya sed...

Ajal Sudah Sampai?

Imej
Memendekkan cerita, tahun 1989, ketika saya mengajar di sebuah universiti, saya mula sakit.  Bukan sikit sakitnya, tetapi penat yang terlalu, hingga tidak boleh bangun.  Pening yang memusing dunia.  Muntah hingga berdarah.  Kulit yang terasa terbakar hingga sakit bila terkena baju. Sendi kaku tidak bergerak. Anak kecil saya berumur empat tahun.  Sukar sekali mengendalikan kerja, keluarga, rumah tangga.  Bermulalah usaha ke pelbagai hospital, klinik, homeopati, akupunktur.  Akhirnya, 1990, saya dikatakan mempunyai masalah sistem imun.  Ujian darah menunjukkan keadaan yang teruk.  Doktor yang menginterpretasi keputusan  darah tersebut menasihati saya "Put your affairs in order" Saya pulang ke rumah menatap muka anak-anak.  Tidak sampai hati saya meninggalkan mereka.  Saya pasti tiada siapa yang berupaya menyayangi mereka seperti saya.  Saya kuatkan semangat dan memohon kepada Allah supaya diberi peluang membesarkan anak-anak...

Perhatikanlah Anak-anak di Sekeliling Anda, Semoga Tiada Yang Terseksa

Imej
Ada kejadian yang berlaku menyebabkan ketika saya berumur enam tahun, saya membuat keputusan lebih menyendiri dan kurang berkongsi dengan orang lain.  Itu lebih selamat, saya fikir.  Walaupun begitu, saya selalunya sibuk dengan perancangan saya sendiri.  Oleh itu saya jarang terasa sedih. Bagaimana nak panjat pokok sentul yang lebih besar daripada sepemeluk saya? Boleh ke saya letak papan di atas pokok manggis supaya saya boleh baring dan tersembunyi? Di mana boleh sorok barang permainan saya supaya tidak dikesan oleh sesiapa? Apa akan berlaku kalau saya suap anak burung yang saya jumpa dalam semak?  Seribu satu projek bermain di kepala saya, tiada ruang meratapi nasib saya. Tiap-tiap hari ada saja yang saya rancang.  Tetapi ketika saya dihukum kerana tidak membayar yuran sekolah atau tidak berkasut dan tiada buku sekolah, saya menangis melayan air mata sendiri.  Disuruh ketuk ketampi sekeliling sekolah dan tangan berdarah dikerah cabut rumput berduri....