Di Mana Kan Ku Cari Ubat?

Ketika saya sibuk ke hospital, sistemnya lebih kucar kacir jika dibandingkan dengan keadaan sekarang.  Kadangkala hingga sehari suntuk untuk berjumpa doktor.  Doktor pula, dalam kesibukan, tidaklah ada masa mendengar dengan teliti.  Kesan sampingan ubat lebih kemungkinan ditolak ketepi.  Jururawat juga tidaklah sesabar sekarang.  Saya terfikir, begitu banyak masa terbuang dan tidak cukup untuk bersama anak-anak.  Saya mengambil keputusan berikhtiar cara lain


Saya ada seorang kawan di Kanada.  Dia menjadi pencari bahan bacaan untuk saya.  Ketika itu tiada lagi internet dan maklumat tidak sesenang sekarang untuk diperolehi.  Apa-apa bahan berkaitan sistem autoimun diposkan kepada saya.  Amat bersyukur kerana Allah permudahkan untuk saya. Sekurang-kurangnya saya ada sedikit fahaman apa yang berlaku kepada diri saya.  Saya juga mula membaca buku-buku perubatan Islam. Juga membelek Al Quran dengan lebih teliti. Ini semua memberi saya sedikit pedoman mengendalikan fasa berkecamuk yang saya langsung tidak jangka 


Bermulalah berbagai cadangan produk "penyembuh", tempat berubat serta "pakar" yang boleh mengubat.  Seolah-olah bermula dunia baru yang saya tidak tahu sebelum ini.  Ada yang ingin mengambil kesempatan .Ada pula yang bermasam muka apabila cadangan mereka ditolak.  Amat sukar memilih siapa yang boleh dipercayai.  Satu tambahan tekanan yang amat berat.  Saya ingin mengingatkan para penjual produk supaya tidak melihat pesakit sebagai sumber keuntungan sahaja.  Lihatlah insan yang sedang menderita dan janganlah tambah tekanan yang mereka hadapi.  Begitu juga yang taksub kepada "ustaz / ustazah" yang mereka begitu pasti boleh "mengubat".  Berilah ruang kepada pesakit mencari jalan sendiri


Dalam huru hara yang berlaku, Allah selitkan juga orang yang baik-baik.  Berkesempatan juga saya mempelajari doa-doa, ayat-ayat Al-Quran serta zikir-zikir yang membawa ketenangan dan memberi kekuatan.


 Websites: www.distilledmoment.com

                 www.redha.net

Email.    : distilledmoment@gmail.com

Instagram username : halijah.mohd

Twitter handle: @distilledmoment


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1

Pemindahan Pembelajaran