Ajal Sudah Sampai?
Memendekkan cerita, tahun 1989, ketika saya mengajar di sebuah universiti, saya mula sakit. Bukan sikit sakitnya, tetapi penat yang terlalu, hingga tidak boleh bangun. Pening yang memusing dunia. Muntah hingga berdarah. Kulit yang terasa terbakar hingga sakit bila terkena baju. Sendi kaku tidak bergerak.
Anak kecil saya berumur empat tahun. Sukar sekali mengendalikan kerja, keluarga, rumah tangga. Bermulalah usaha ke pelbagai hospital, klinik, homeopati, akupunktur. Akhirnya, 1990, saya dikatakan mempunyai masalah sistem imun. Ujian darah menunjukkan keadaan yang teruk. Doktor yang menginterpretasi keputusan darah tersebut menasihati saya "Put your affairs in order"
Saya pulang ke rumah menatap muka anak-anak. Tidak sampai hati saya meninggalkan mereka. Saya pasti tiada siapa yang berupaya menyayangi mereka seperti saya. Saya kuatkan semangat dan memohon kepada Allah supaya diberi peluang membesarkan anak-anak. Tiap-tiap hari saya sembahyang hajat, walaupun ada hari-harinya saya rebah. Selepas enam minggu saya berjumpa semula dengan doktor yang mengandaikan ajal saya sudah dekat. "What did you do? Your inflammation markers are way better than before". Saya tidak menjawab, hanya hati penuh kesyukuran.
Cuba lihat apa kata Dr.Goldner, satu ketika seorang pesakit lupus. Dr. Goldner bukan sahaja mementingkan pemakanan tetapi juga sikap dan kesedaran mental dan emosi dalam proses penyembuhan. Saya masih dalam perjalanan mencari penyembuhan. Usaha saya termasuklah memperbaiki apa yang saya makan, memperkukuhkan tubuh badan melalui aktiviti fizikal, juga meningkatkan kesedaran terhadap sistem kepercayaan dan persepsi saya. Saya harap penulisan saya ini akan menghasilkan redha ke dalam qalbu saya, ke atas setiap ujian Allah.
“Sabr is when it still hurts inside and you're still struggling. Redha is peace internally - the highest level of response to Allah's test”
- Yasmin Mogahed
(Bagi mereka yang inginkan perkongsian terperinci, sila lihat distilledmoment.com)
Websites: www.distilledmoment.com
www.redha.net
Email. : distilledmoment@gmail.com
Instagram username : halijah.mohd
Twitter handle: @distilledmoment
Ulasan