Catatan

Pemindahan Pembelajaran

Imej
  Ketika saya belajar di Australia, biasiswa Rancangan Colombo saya ialah 130 ringgit Australia.  Oleh kerana saya ingin adik-adik saya meneruskan pembelajaran mereka, saya menghantar 30 ringgit Australia kepada ibu saya.  Bajet saya menjadi lebih kecil dan memerlukan perancangan yang rapi.  Walaupun begitu, saya membeli sebuah mesin jahit Bernina secara ansuran.  Saya fikir, secara jangka panjang, membawa manfaat kepada saya.  Setiap minggu, saya menyimpan setiap sen yang boleh dan membayar sedikit-dikit hingga mesin tersebut menjadi milik saya. Saya perolehi kain yang berkualiti dan cantik, berharga amat murah, dengan membeli baju besar terpakai di Salvation Army.  Saya tetas jahitan baju tersebut dan mengolah semula menjadi baju saya.  Ini gambar saya memakai "jumpsuit" diperbuat daripada kain "summer wool": Kelahiran anak pertama saya menyempitkan lagi keadaan kewangan.  Kemahiran menjahit banyak membantu saya.  Saya terus menjahit u...

Sejarah Belajar Menjahit

Imej
Ketika saya kecil, tugas menyimpan barangan dapur ke dalam bekas menjadi kegemaran saya.  Di kedai, barangan dapur disimpan dalam tempayan, guni atau tin besar.  Barangan yang dibeli pelanggan ditimbang dan dibalut dengan kertas surat khabar.  Kertas surat khabar tersebut menjadi bahan bacaan saya. Juga memberi sedikit gambaran kepada saya dunia di luar kampung. Ketika saya berusia sepuluh tahun, saya ternampak gambar baju "twist".  Baju tersebut dipotong ketat hingga ke pinggul dan di bawahnya diropol kembang.  Jika anda menari "twist", bahagian bawah baju itu akan terjungkit dan mencantikkan lagi  tarian anda :-) Hmm.. cantik sungguh, saya fikir.  Saya tunjuk kepada ibu dan memohon dia jahitkan untuk saya.  "Budak ni gila ke?" jeritnya. Selalunya ayah membeli segulung kain dalam bulan Ramadhan untuk perayaan bulan Syawal.  Setelah menjahit baju anak-anak lain, ibu memberi saya lebihan kain.  "Pandai sangat, jahit sendiri!" katanya....

Maklumat Terkini

Imej
  Maaf lama tidak menulis.  Kesihatan tidak mengizinkan.  Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi membaca.  Semoga perkongsian saya membawa sedikit pengajaran. Sekarang pembaca boleh mendaftar di www.redha.net untuk mendapat notis melalui emel apabila ada perkongsian baru. Caranya adalah seperti di bawah: Juga, www.redha.net dan www.distilledmoment.com adalah penulisan yang serupa.  Sebelum perkongsian yang ke 12, cerita yang dikongsikan adalah berbeza.  Pembaca antarabangsa yang tidak berupaya membaca Bahasa Melayu mengatakan ada ketikanya  perkongsian saya terputus kesinambungannya.  Jadi, saya mengambil keputusan hanya bahasa sahaja yang berbeza.  Bagi mereka yang boleh berbahasa Melayu dan juga Inggeris, selepas perkongsian ke 12, tidak perlu lagi membaca kedua-dua blog, melainkan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih. Dalam bahagian komen, saya menjawab dengan nama pena Hanita Mahmood.  Blog ini telah begitu...

Bercucuk Tanam di Tempat Baru

Imej
  Satu daripada sebab saya berpindah ke tempat baru empat tahun dahulu, ialah untuk mencari peluang membentuk cara hidup yang mungkin membawa kepada penyembuhan.  Di antara usaha adalah mengurangkan bahan racun dalam makanan.  Rumah baru saya mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam.  Maklumlah, saya berpindah dari lot banglo ke rumah teres.  Ini juga kali pertama saya bercucuk tanam sendirian.  Walaupun begitu, saya boleh mendapatkan bantuan daripada anak dan cucu lelaki saya.  Saya tahu saya perlu memperbetulkan beberapa sikap saya sebelum bermula.   Saya ingin membentuk minda pemula (beginner's mind).  Bukanlah saya tidak pernah bercucuk tanam, tetapi saya ingin mewujudkan keadaan diri yang terbuka dan menghayati setiap detik yang saya alami.  Saya mengharapkan bila saya tidak terlalu bergantung kepada andaian, pemikiran saya akan lebih kreatif. https://youtu.be/Vbok6_PgMKs Saya juga berfikir, minda pertumbuhan (growth min...

Mensyukuri Bantuan Ikhlas Seorang Guru

Imej
Kalau ingatan saya betul, Miss J mula bertugas di sekolah asrama saya ketika saya di tingkatan dua.  Saya amat tertarik dengan Miss J kerana dia berambut perang tetapi amat berlainan daripada guru-guru sukarelawan yang pernah bertugas di sekolah.  Saya berpeluang menyatakan keheranan saya apabila Miss J memanggil saya ke gimnasium.  "I am a mongrel, Halijah".  Itu jawapan Miss J.  Miss J risaukan lebam yang tidak mahu baik di kedua-dua tangan saya setelah bermain bola tampar.  Saya malu dengan Miss J kerana saya amat kekok apabila bermain apa-apa permainan fizikal. Satu hari, Miss J ternampak saya hampir pengsan.  Mungkin kerana saya tidak makan.  Saya banyak alahan, ada makanan yang menyebabkan saya tidak sihat.  Saya juga langsung tidak berduit.  Tidak ada pilihan untuk ke kantin.  Kalau ada yang mempelawa saya makan, saya menolak, kerana saya tahu saya tidak berpeluang membalas balik.  Tidak siapa tahu masalah saya.  Un...

Mempelajari Kepentingan Fokus

Imej
  Walaupun banyak masa kanak-kanak saya dihabiskan di atas pokok, saya bukanlah secara semulajadi pandai memanjat.  Tindakan memanjat memerlukan fokus dan perancangan.  Pokok menjadi tempat sembunyi, tempat selamat serta tempat paling mudah membuat pemerhatian.  Apabila saya tidak memberi fokus, kemalangan berlaku. Ayah pernah memindahkan kami sekeluarga ke tempat baru untuk mencuba nasib dalam satu projek.  Saya rasa kehilangan kerana tidak banyak pokok yang boleh dipanjat dengan selamat.  Tiap-tiap hari saya berlatih memanjat sepohon pokok berhampiran rumah sewa kami.  Lama kelamaan saya berjaya memanjat pokok tersebut dengan selesa.   Ada seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan saya ingin berkawan.  Namanya Lijah Simpul, kerana keningnya bersimpul.  Ibu saya mengerah saya berkawan dengan Lijah Simpul.  Kita di tempat baru, perlu mengambil hati orang lain, katanya.  Lijah Simpul kuat mengengek, tidak boleh salah...

Apa Yang Tersorok Dalam Badan Sendiri?

Imej
  Keadaan agak aman ketika saya dan keluarga mula mendirikan rumah.  Kawasan masih dipenuhi belukar, kelapa sawit serta pokok getah.  Tetapi setelah 10 tahun, makin banyak rumah didirikan.  Monyet makin banyak, mungkin sudah kehilangan tempat tinggal.  Satu hari, saya sedang menjemur pakaian, seekor monyet jantan menyerang saya.  Syukur saya sempat masuk ke dapur.  Anehnya, saya menggeletar dan tidak boleh bergerak, hanya mampu bersandar di dinding dan terduduk di lantai.  Saya selalunya bukanlah seorang yang cepat takut atau terkejut. Air mata berjurai-jurai, saya teringat kembali satu kejadian semasa saya berumur mungkin lima tahun.  Waktu pagi, tiada siapa di rumah, saya ditugaskan menjaga adik kembar saya yang sedang tidur di buaian.  Tiba-tiba seekor monyet jantan menerpa buai.  Saya rentap parang panjang ayah saya dan tanpa berfikir, menghalau monyet tersebut.  Syukurnya, dia lari ke tanah.  Saya menggigil dan berpel...