Maklumat Terkini
Maaf lama tidak menulis. Kesihatan tidak mengizinkan. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah sudi membaca. Semoga perkongsian saya membawa sedikit pengajaran.
Sekarang pembaca boleh mendaftar di www.redha.net untuk mendapat notis melalui emel apabila ada perkongsian baru. Caranya adalah seperti di bawah:
Juga, www.redha.net dan www.distilledmoment.com adalah penulisan yang serupa. Sebelum perkongsian yang ke 12, cerita yang dikongsikan adalah berbeza. Pembaca antarabangsa yang tidak berupaya membaca Bahasa Melayu mengatakan ada ketikanya perkongsian saya terputus kesinambungannya. Jadi, saya mengambil keputusan hanya bahasa sahaja yang berbeza. Bagi mereka yang boleh berbahasa Melayu dan juga Inggeris, selepas perkongsian ke 12, tidak perlu lagi membaca kedua-dua blog, melainkan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih.
Dalam bahagian komen, saya menjawab dengan nama pena Hanita Mahmood. Blog ini telah begitu lama didaftarkan dan itulah nama yang saya guna ketika itu. Nama ini mempunyai sejarah tersendiri. Arwah ibu saya pernah memohon saya menulis cerita hidupnya dengan menggunakan nama pena ini.
Websites: www.distilledmoment.com
www.redha.net
Email. : distilledmoment@gmail.com
Instagram username : halijah.mohd
Twitter handle: @distilledmoment
Ulasan