Pemindahan Pembelajaran

 


Ketika saya belajar di Australia, biasiswa Rancangan Colombo saya ialah 130 ringgit Australia.  Oleh kerana saya ingin adik-adik saya meneruskan pembelajaran mereka, saya menghantar 30 ringgit Australia kepada ibu saya.  Bajet saya menjadi lebih kecil dan memerlukan perancangan yang rapi.  Walaupun begitu, saya membeli sebuah mesin jahit Bernina secara ansuran.  Saya fikir, secara jangka panjang, membawa manfaat kepada saya.  Setiap minggu, saya menyimpan setiap sen yang boleh dan membayar sedikit-dikit hingga mesin tersebut menjadi milik saya.


Saya perolehi kain yang berkualiti dan cantik, berharga amat murah, dengan membeli baju besar terpakai di Salvation Army.  Saya tetas jahitan baju tersebut dan mengolah semula menjadi baju saya.  Ini gambar saya memakai "jumpsuit" diperbuat daripada kain "summer wool":



Kelahiran anak pertama saya menyempitkan lagi keadaan kewangan.  Kemahiran menjahit banyak membantu saya.  Saya terus menjahit untuk keperluan keluarga.  Hinggalah penyakit saya menimbulkan kesukaran.  Merasa begitu kecewa kerana tidak boleh lagi menjahit dengan lancar.


Walaupun banyak kain dalam koleksi saya disedekahkan, ada juga yang disimpan dengan harapan suatu hari saya akan berupaya semula untuk menjahit. Kejayaan bercucuk tanam (https://www.redha.net/2021/11/bercucuk-tanam-di-tempat-baru.html) telah memberi semangat kepada saya untuk memindahkan apa yang telah saya pelajari kepada kemahiran menjahit.


https://youtu.be/60xPv4ckmU4


https://youtu.be/N8QfkT8L9lo


Saya belajar memberi fokus kepada apa yang saya masih boleh lakukan.  Saya pujuk hati saya apabila kesal dan kecewa timbul menebal.  Saya membenarkan diri saya mengambil masa dan mengecilkan langkah supaya tidak penat dan tertekan.  Dalam beberapa bulan yang lalu, saya telah berjaya menghasilkan tiga baju yang mudah.





Websites: www.distilledmoment.com

                 www.redha.net

Email.    : distilledmoment@gmail.com

Instagram username : halijah.mohd

Twitter handle: @distilledmoment


Ulasan

  1. Salam Jah,
    It's very interesting and inspiring to read your blogs. Thoroughly enjoying them. It brings me back to when life is "simple" with little to worry about. Lots of good memories :).
    I still remember your jump suit (as in the photo) when we were in WA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ribuan terima kasih sudi membaca. Syukur alhamdulillah kiranya perkongsian saya membawa memori indah

      Padam
  2. Ya Allah!!! Bestnya perkongsian ini. Banyak pengajaran hebat dapat saya kutip. Bahkan lebih mengenali susuk peribadi Sifu saya ini Terima kasih byk2🙏🙏🙏🥰🥰🥰🥰🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kembali sudi membaca perkongsian saya. Syukur alhamdulillah kiranya memberi pengajaran

      Padam
  3. Thank you for sharing, Puan. One of my close friends in school recently had to quit working and had to adjust to a home-based lifestyle now .. i can suggest these activities to relive her productive lifestyle ... as she gave me a cross-stich piece of her work as my wedding gift 20 years ago. I just remembered and I think i should remind her that she was good in doing needle-work.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah kiranya perkongsian saya dapat membantu orang lain

      Padam

Catatan popular daripada blog ini

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1