Di Mana Kan Ku Cari Ubat?

Ketika saya sibuk ke hospital, sistemnya lebih kucar kacir jika dibandingkan dengan keadaan sekarang. Kadangkala hingga sehari suntuk untuk berjumpa doktor. Doktor pula, dalam kesibukan, tidaklah ada masa mendengar dengan teliti. Kesan sampingan ubat lebih kemungkinan ditolak ketepi. Jururawat juga tidaklah sesabar sekarang. Saya terfikir, begitu banyak masa terbuang dan tidak cukup untuk bersama anak-anak. Saya mengambil keputusan berikhtiar cara lain Saya ada seorang kawan di Kanada. Dia menjadi pencari bahan bacaan untuk saya. Ketika itu tiada lagi internet dan maklumat tidak sesenang sekarang untuk diperolehi. Apa-apa bahan berkaitan sistem autoimun diposkan kepada saya. Amat bersyukur kerana Allah permudahkan untuk saya. Sekurang-kurangnya saya ada sedikit fahaman apa yang berlaku kepada diri saya. Saya juga mula membaca buku-buku perubatan Islam. Juga membelek Al Quran dengan lebih teliti. Ini semua memberi saya sed...