Bercucuk Tanam di Tempat Baru
Satu daripada sebab saya berpindah ke tempat baru empat tahun dahulu, ialah untuk mencari peluang membentuk cara hidup yang mungkin membawa kepada penyembuhan. Di antara usaha adalah mengurangkan bahan racun dalam makanan. Rumah baru saya mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam. Maklumlah, saya berpindah dari lot banglo ke rumah teres. Ini juga kali pertama saya bercucuk tanam sendirian. Walaupun begitu, saya boleh mendapatkan bantuan daripada anak dan cucu lelaki saya. Saya tahu saya perlu memperbetulkan beberapa sikap saya sebelum bermula.
Saya ingin membentuk minda pemula (beginner's mind). Bukanlah saya tidak pernah bercucuk tanam, tetapi saya ingin mewujudkan keadaan diri yang terbuka dan menghayati setiap detik yang saya alami. Saya mengharapkan bila saya tidak terlalu bergantung kepada andaian, pemikiran saya akan lebih kreatif.
Saya juga berfikir, minda pertumbuhan (growth mindset) akan mengurangkan tekanan yang dirasai. Apa yang saya tidak ketahui boleh ditambah baik dengan pemerhatian rapi dan ketekunan menambah pengalaman. Setiap kemajuan dihayati serta disyukuri.
Mohon hayati dua video YouTube di atas. Saya percaya minda pemula dan minda pertumbuhan boleh membantu proses pembelajaran menjadi lebih tenang. Satu perkara lagi ialah kepayahan saya memelihara diri. Saya senang berempati dan berasa belas (compassionate) kepada orang lain, tetapi selalunya mempunyai pengharapan yang terlalu tinggi terhadap diri sendiri. Bila saya tidak menghiraukan letih dan sakit saya, saya berkemungkinan besar memudaratkan diri sendiri. Saya perlu belajar memberi perhatian kepada diri dan berhenti sebelum penat. Sesuatu usaha boleh dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Usaha berterusan akan membawa kejayaan.
Tanah di belakang rumah saya dipenuhi bahan buangan pembinaan, dan oleh kerana saya tiada peruntukan bagi memperbaiki keadaan, saya mengambil keputusan menanam segala pokok ke dalam pasu. Ini terbukti keputusan yang tepat. Dua tahun kemudian, pokok ciku saya yang sedang berbuah lebat, ranap dimakan anai-anai. Dengan bantuan anak dan cucu, tiap-tiap pasu dilapik dengan bata. Syukur alhamdulillah, masih banyak tanaman yang kekal subur.
Apabila saya lebih mengenali rumah saya, saya dapati, ada tempat di sana sini boleh dijadikan tempat tanaman. Saya tanam apa yang keluarga saya suka, serta bunga bungaan untuk kelulut. Sedikit sebanyak saya berjaya dengan sayuran hijau seperti bayam, sawi dan kailan. Apa yang memberi kesyukuran dan kejutan adalah sayur kale. Tumbuh dengan baik walaupun bukan sayuran tempatan. Lain pula ceritanya dengan celery dan leek. Langsung tidak mahu tumbuh walaupun telah berkali-kali dicuba. Cucu lelaki saya sukakan buah naga, malangnya pokok saya terus degil tidak mahu berbuah. Cucu perempuan pula sukakan strawberi. Pokok strawberi saya pula hanya berdaya mengeluarkan buah sebesar kelingking. Tanaman saya diserang sejuta perosak, tetapi saya terus redha dan puas dengan usaha bercucuk tanam.
Cucu perempuan saya tidak makan kebanyakan sayuran, tetapi dia suka microgreens. Sila tonton video penanaman microgreen hasil kerja saya dan anak bongsu saya:
Websites: www.distilledmoment.com
www.redha.net
Email. : distilledmoment@gmail.com
Instagram username : halijah.mohd
Twitter handle: @distilledmoment
How about showing how to cook or eat the Daikon..
BalasPadamBoleh masuk dalam salad, dalam sup, dalam sandwich
PadamWowwwww!!! Love itπππππ
BalasPadamTerima kasih
PadamTerubat rindu saya pada Puan ... suara puan ... gaya nada suara puan.
BalasPadam♥️
BalasPadam