Menghukum Tanpa Bertanya
Bermulalah desas-desus saya tidak mahu berubat. Ada pula yang takut terkena hantu kalau duduk dekat dengan saya. Takut pula tersihir kalau berkongsi makanan yang saya masak. Terpinga-pinga saya. Tidak percaya apa yang berlaku. Mereka ini satu ketika saya anggap kawan. Mereka ini juga melaungkan belas ehsan, kasih sayang, penerimaan tanpa syarat. Tidak cepat menghukum orang lain. Kata-kata hanya di mulut? Luluh hati saya, seolah-olah ditampar hingga terduduk.
Ingin saya berhenti kerja. Sukar sungguh bekerja dengan mereka yang berusaha mengenepikan saya. Saya tenung muka anak-anak saya. Bagaimana membesarkan mereka kalau tidak bekerja? Saya amat bersyukur, oleh kerana saya membesar dalam keadaan yang amat perit, saya mempunyai kecekalan meneruskan tugas. Saya tumpukan kepada mengajar dan membantu pelajar. Saya tekad tidak menceritakan hal saya kepada pelajar. Bertekad tidak memburukkan nama sesiapa. Amat bersyukur saya berjaya.
Saya juga bersyukur kepada Allah, dalam saya tunggang langgang menjalankan tugas dengan tenaga yang begitu sedikit, saya rasa tiada pelajar yang teraniaya kerana kelalaian atau kurang perhatian. Saya jalankan tugas saya sebagai pengajar setulus hati saya. Segala yang lain saya tolak ke tepi. Biarlah apa orang lain buat, itu dia dengan Allah.
Berinteraksi dengan orang lain di sekeliling juga amat sukar apabila orang tidak mahu mendengar dengan baik atau mengingati apa yang telah diberitahu. Kenapa bertongkat ni, jatuh ke? Soalan yang biasa yang amat membosankan. Kenapa tak baik-baik ni, tak berubat ke? Satu lagi yang merimaskan.
Untuk menghiburkan hati saya, saya buatlah satu cerita. Semasa saya di sekolah asrama, saya patah kaki bermain bola. Kadangkala sakitnya datang balik. Bagi mereka yang mengenali saya dan mengetahui betapa "clumsy"nya saya, cerita rekaan ini amat lucu. Anehnya, cerita bodoh ini diingati!
Apabila saya berumur 50 tahun, saya masukkan permohonan bersara awal. Dua tahun kemudian, saya bersara secara pilihan.
Websites: www.distilledmoment.com
www.redha.net
Email. : distilledmoment@gmail.com
Instagram username : halijah.mohd
Twitter handle: @distilledmoment
Puan Halijah, words cannot express my feelings reading this, but I must tell Puan Halijah, you are my best lecturer in UPM. I knew you are special. I saw and feel you had something insude you but just did nit expect the above was in your life then...love you lots.. I hope to be in akhirat with Puan Halijah
BalasPadamRibuan terima kasih. Memang satu fasa yang begitu sukar dalam hidup saya. Aamíin
Padam