Memohon Kemaafan?

 


Menyambung cerita, selepas kejadian saya menggigit bahu seorang remaja panjang lampai, gangguan fizikal terhadap saya berhenti.  Adakah mereka mengerti saya akan mempertahankan diri sehabis daya? Hanya yang tidak berhenti adalah ejekan.  Dah naik pangkat ye? Itu ketika satu lagi tampal naik ke baju.  Berbagai lagi kata cemuhan, tetapi saya boleh berjalan ke sekolah atau pulang ke rumah dengan tidak menghiraukan mereka.


Ada satu kejadian yang sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, tetapi tiada cara mencari penyelesaian.  Hanya berdoa dan memohon ampun kiranya saya telah melakukan satu kezaliman.  Ada seorang guru pelatih yang amat muda, mungkin di awal 20han.  Dia mengajar di sekolah saya selama 6 atau 8 minggu.


Dia mula mesra dengan saya apabila saya membantu dia mengajar pecahan.  Dia terkial-kial mencari perkataan tetapi pelajar masih tidak memahami konsep pecahan.  Saya membantu dengan menunjukkan keratan dan lipatan kertas.  Guru pelatih itu mula senyum apabila pelajar-pelajar boleh menjawab soalan-soalan dengan betul.

Oleh kerana saya cepat menyiapkan kerja, dia mula suka bergurau dengan saya.  Ketika itu, saya selalunya berseorangan, jarang sekali ada orang bergurau dengan saya.  Kemudian dia menggelitik saya.  Hari akhir sebelum cuti sekolah, dia terus bergurau dan memeluk saya dari belakang.  Saya kata, sudahlah tu, tetapi dia teruskan juga.

Saya cuba membuka genggamannya di perut saya, tetapi terlalu ketat, tiada kudrat melepaskannya.  Sesuatu berlaku dalam diri saya.  Seolah-olah seperti binatang terperangkap? Saya gigit dia. Dia menjerit dan melepaskan saya.  Saya tidak ingat di mana saya gigit dia? Kemudian saya menonong terus mengambil barang saya dan meninggalkan sekolah.

Sepanjang perjalanan saya ke rumah, hati berkecamuk.  Saya suka kepada guru itu, tetapi kenapa saya gigit dia? Adakah kerana saya tidak pernah dipeluk? Mungkinkah saya selalu dikasari hingga saya tiada perbendaharaan memahami kemesraan fizikal?

Kalau saya bersalah kepada guru pelatih itu, saya berdoa dia memaafkan saya dan Allah cucuri rahmat untuknya 

Saya harap, kiranya anda mengendalikan seorang anak yang telah melakukan sesuatu tindakan ganas, anda perlu bertanya kepada diri, adakah anak ini mempunyai pilihan? Adakah boleh saya ajar anak ini membina reaksi yang diterima masyarakat ketika dia berasa terperangkap?


Websites: www.distilledmoment.com

                 www.redha.net

Email.    : distilledmoment@gmail.com

Instagram username : halijah.mohd

Twitter handle: @distilledmoment


Ulasan

  1. Many do not feel what children feel, parents included.. parents absorbed in their ego and pride but actually is their low self esteen and lack of knowledge. But the catastrophe is to the children

    BalasPadam
  2. Semoga sesiapa yang berpeluang membantu akan memberi sokongan kepada anak yang memerlukan bantuan

    BalasPadam

Catatan popular daripada blog ini

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1

Pemindahan Pembelajaran