Apa Yang Tersorok Dalam Badan Sendiri?

 


Keadaan agak aman ketika saya dan keluarga mula mendirikan rumah.  Kawasan masih dipenuhi belukar, kelapa sawit serta pokok getah.  Tetapi setelah 10 tahun, makin banyak rumah didirikan.  Monyet makin banyak, mungkin sudah kehilangan tempat tinggal.  Satu hari, saya sedang menjemur pakaian, seekor monyet jantan menyerang saya.  Syukur saya sempat masuk ke dapur.  Anehnya, saya menggeletar dan tidak boleh bergerak, hanya mampu bersandar di dinding dan terduduk di lantai.  Saya selalunya bukanlah seorang yang cepat takut atau terkejut.


Air mata berjurai-jurai, saya teringat kembali satu kejadian semasa saya berumur mungkin lima tahun.  Waktu pagi, tiada siapa di rumah, saya ditugaskan menjaga adik kembar saya yang sedang tidur di buaian.  Tiba-tiba seekor monyet jantan menerpa buai.  Saya rentap parang panjang ayah saya dan tanpa berfikir, menghalau monyet tersebut.  Syukurnya, dia lari ke tanah.  Saya menggigil dan berpeluh sejuk.

Bila mak balik dan melihat parang di tangan "Apa dibuat budak ni?".  Mula saja hendak bercerita "Budak ni tak habis-habis merepek!" Diam sajalah saya.  Hanya badan saja terus menggeletar.  Pujuklah diri sendiri.  Air mata pun tidak berani keluar.

Mungkinkah badan menyimpan trauma itu?  Diri membuat andaian diri aku tidak penting? Cerita aku tidak boleh dipercayai? Lebih baik simpan semua sendiri? 

Walaupun ibubapa tidak terdaya sepenuhnya melindungi anak-anak mereka daripada berlakunya trauma, kesan mungkin boleh dikurangkan dengan memberi ruang dan sokongan supaya anak berasa selamat.  





The Body Keeps the Score: Brain, Mind, and Body in the Healing of Trauma Paperback – September 8, 2015

by Bessel van der Kolk M.D. (Author)

 

The Revolutionary Trauma Release Process: Transcend Your Toughest Times Paperback – January 1, 2008

by David Berceli  (Author)

Websites: www.distilledmoment.com

                 www.redha.net

Email.    : distilledmoment@gmail.com

Instagram username : halijah.mohd

Twitter handle: @distilledmoment

Ulasan

  1. Allahuakhbar!!!! Pentingnya maklumat seumpama ini dikongsi kepada masyarakat. Ibubapa adalah jurutera kemenjadian anak2. Terima kasih Sifu🧡🧡🧡🧡🧡

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doakan saya lebih sihat, insya Allah akan diusahakan perkongsian yang lebih meluas

      Padam

Catatan popular daripada blog ini

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1

Pemindahan Pembelajaran