Catatan

Trauma: Proses Penyembuhan

Imej
Hampir setahun lalu, beberapa tuduhan pedas dilemparkan kepada saya. Saya tidak sangka saya akan mengambil masa yang lama untuk mengendalikan kesakitan yang amat sangat. Saya rasa apa yang berlaku mengembalikan trauma penolakan dan pengabaian yang saya rasai semasa kecil. Seolah-olah struktur hidup saya berselerak dan saya terpaksa membina struktur baru sebelum saya boleh berfungsi dengan stabil. Seperti yang disebut oleh Gabor Mate, trauma adalah luka psikologi, walaupun luka itu telah sembuh, parutnya tetap ada. Apa yang berlaku menyebabkan saya mengandaikan kesakitan yang saya rasa langsung tidak penting. Tiada usaha dibuat untuk membantu saya memahami keperluan mereka untuk menyakiti saya, atau perkongsian tentang apa yang berlaku dalam diri mereka yang mereka rasa betul untuk mengucapkan kata-kata yang begitu menyakitkan. Sama seperti semasa saya kecil, tiada siapa yang mengakui bahawa saya terluka. Tiada kata-kata untuk memberi keselesaan, penjelasan atau permohonan maaf setelah ...

Melepaskan Kenangan Pahit

Imej
Khamis, 4hb Ogos, saya berjalan dalam hujan di tepi tasik.  Hujan sudah lebih seminggu.  Saya rasa resah tidak melakukan riadah. Saya memakai hoodie dan sepasang selipar yang selesa dan terus meredah hujan .  Sejuk dan berangin.  Sangat menyegarkan.  Selepas jarak yang singkat, air mata berjurai-jurai.  Saya menarik nafas panjang dan meneruskan zikir. Begitu mengejutkan!  Dengan rasa ingin tahu dan empati kepada diri, saya dengan tenang membenarkan ingatan lampau menjelma.  Apakah maksud air mata itu?  Saya mungkin berumur lapan tahun.  Sesi sekolah baru sahaja tamat.  Hujan turun sepanjang hari.  Sekolah telah kosong.  Dunia kelihatan gelap dan suram.  Kebanyakan kanak-kanak telah dijemput oleh penjaga masing-masing.  Saya berasa sejuk dan lapar, berdiri di tepi tiang supaya diri tidak kelihatan.  Apabila hujan tidak reda, saya mengambil keputusan untuk mengharunginya dan mula berjalan pulang.  Dengan ...

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Imej
  Apabila anak saya berumur lima tahun, dia mula ke tadika.  Saya dan suami ketika itu belajar di Kanada.  Saya amat terkejut, gurunya mendapati dia sangat rabun sehingga tidak dapat melihat papan di hadapan kelas. Saya terperanjat!  Saya teringat semula kejadian masa lalu yang membingungkan.  Kenapa saya tidak terfikir anak saya rabun?  Tidak pernah terlintas di fikiran saya dia mempunyai masalah penglihatan. Dia suka mendengar cerita, di TV atau dibacakan kepadanya.  Juga suka mereka cerita dan melakonkannya sekali.  Namun, dia benci "pergi menonton wayang".  Satu-satunya filem yang dia suka ialah ET.  Apabila saya mengingati kembali, kami melihat ET di barisan hadapan dengan kepala terdongak ke belakang.  Sungguh tidak selesa, tetapi anak saya menikmatinya.  Kami agak lewat dan semua tempat duduk yang selesa telah diambil. Dia menonton TV betul-betul dekat dengan skrin. Walaupun diperingatkan untuk ke belakang, dia mengesut ...

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1

Imej
Walaupun saya sering dimarah oleh ibu saya semasa saya kecil, dia selalu membawa saya bersama jika dia mahu mendapatkan rawatan perubatan.  Disebabkan kurang penjagaan ketika melahirkan anak kembar, dia mengalami banyak masalah kesihatan.  Hospital dan klinik pada zaman itu bukanlah tempat yang paling mesra bagi seorang wanita Melayu kampung.  Saya rasa dia membawa saya untuk mendapat sedikit keberanian.  Kakitangan Melayu jarang kelihatan, dan dihina dan dijerit seolah-olah perkara biasa?  Hati saya amat terguris, dan saya berjanji pada diri sendiri suatu hari nanti saya akan menjadi seorang doktor yang penuh belas kasihan, terutama kepada orang Melayu yang duduk di kampung. Selesai sekolah menengah, saya dihantar ke Australia bagi menjalani program matrikulasi.  Selepas matrikulasi, saya memulakan pengajian perubatan di universiti.  Saya terlepas bulan pertama pengajian.  Masalah ulser yang telah bermula ketika saya di tingkatan empat datang sem...

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 2

Imej
  I Setiap kali saya berasa seperti hilang akal, saya berjalan di tebing Sungai Swan.  Saya berjalan sendirian, batu demi batu, kadang-kadang sepanjang hari.  Terdapat satu tempat terpencil yang sunyi, jarang ada pengunjung.  Tempat cantik itu menjadi tempat berehat dan berlindung bagi saya.  Pada masa yang sama, tempat itu menarik hati saya untuk berjalan lebih dalam dan lebih dalam ke dalam air dan tidak menoleh ke belakang.  Kematian kelihatan begitu membahagiakan ketika itu. Saya memaksa diri untuk menjauhkan diri dari tempat itu dan mencari perlindungan di perpustakaan.  Tiga buku memainkan peranan penting membantu saya keluar dari kekeliruan saya: Alan Watts. The Meaning of Happiness: The Quest for Freedom of the Spirit in Modern Psychology and the Wisdom of the East  Erich Fromm. The Art of Loving  Viktor E. Frankl. Man's Search for Meaning  Saya mengumpul keberanian mengambil jurusan psikologi.  Saya selalu ingin tahu tentan...

Pemindahan Pembelajaran

Imej
  Ketika saya belajar di Australia, biasiswa Rancangan Colombo saya ialah 130 ringgit Australia.  Oleh kerana saya ingin adik-adik saya meneruskan pembelajaran mereka, saya menghantar 30 ringgit Australia kepada ibu saya.  Bajet saya menjadi lebih kecil dan memerlukan perancangan yang rapi.  Walaupun begitu, saya membeli sebuah mesin jahit Bernina secara ansuran.  Saya fikir, secara jangka panjang, membawa manfaat kepada saya.  Setiap minggu, saya menyimpan setiap sen yang boleh dan membayar sedikit-dikit hingga mesin tersebut menjadi milik saya. Saya perolehi kain yang berkualiti dan cantik, berharga amat murah, dengan membeli baju besar terpakai di Salvation Army.  Saya tetas jahitan baju tersebut dan mengolah semula menjadi baju saya.  Ini gambar saya memakai "jumpsuit" diperbuat daripada kain "summer wool": Kelahiran anak pertama saya menyempitkan lagi keadaan kewangan.  Kemahiran menjahit banyak membantu saya.  Saya terus menjahit u...

Sejarah Belajar Menjahit

Imej
Ketika saya kecil, tugas menyimpan barangan dapur ke dalam bekas menjadi kegemaran saya.  Di kedai, barangan dapur disimpan dalam tempayan, guni atau tin besar.  Barangan yang dibeli pelanggan ditimbang dan dibalut dengan kertas surat khabar.  Kertas surat khabar tersebut menjadi bahan bacaan saya. Juga memberi sedikit gambaran kepada saya dunia di luar kampung. Ketika saya berusia sepuluh tahun, saya ternampak gambar baju "twist".  Baju tersebut dipotong ketat hingga ke pinggul dan di bawahnya diropol kembang.  Jika anda menari "twist", bahagian bawah baju itu akan terjungkit dan mencantikkan lagi  tarian anda :-) Hmm.. cantik sungguh, saya fikir.  Saya tunjuk kepada ibu dan memohon dia jahitkan untuk saya.  "Budak ni gila ke?" jeritnya. Selalunya ayah membeli segulung kain dalam bulan Ramadhan untuk perayaan bulan Syawal.  Setelah menjahit baju anak-anak lain, ibu memberi saya lebihan kain.  "Pandai sangat, jahit sendiri!" katanya....