Catatan

Rahmat Pemberian Allah

Imej
  Saya kononnya cepat keletah.  Dicampur dengan sifat ingin tahu, terhasillah seorang anak yang merimaskan ibubapa.  Ada seorang Cina yang selalu datang mengutip botol dan tahi kambing.  Dia datang dengan basikal tiga roda.  Saya mengikuti orang tua itu kesana kesini, kerana saya ingin sangat tahu kenapa dia memakai seluar yang begitu besar.  Satu hari, saya bertanya kepadanya.  Ibu saya menjerit "Aku cilikan mulut budak ni!" Kakak saya pernah cerita, pengutip botol itu burut, sebab itu dia memakai seluar besar dan jalan mengengkang. Satu lagi yang selalu dijeritkan kepada saya ialah "Budak ni pandai tapi tak cerdik!" Pada umur lebih kurang empat tahun, saya disuruh memasak nasi dalam periuk yang besar, menggunakan kayu api, di atas dapur yang terlalu tinggi bagi saya.  Terkial-kial memikirkan bagaimana mencari kudrat mengangkat periuk yang terlalu berat?  Akhirnya saya menggunakan kerusi kecil dan mula-mula meletakkan periuk, kemudian beras ...

Perjalanan Mencari Penyembuhan

Imej
  Semasa ibu saya tinggal bersama saya 1977 hingga dia meninggal empat tahun kemudian, dia ada bercerita, saya seorang bayi yang sihat, tidak mudah meragam dan senang dibesarkan.  Hanya satu masalah: rasa ingin tahu yang amat tinggi dan tidak mudah ditakutkan.  Dia terpaksa letak teko dan segumpal kapas di muka pintu, kalau tidak saya akan turun tangga.  Yang ganjilnya, dia tidak ingat kenapa saya takutkan dua benda tersebut? Ketika ibu saya sihat, dia bersusah payah sediakan bekal dan sarapan untuk saya sebelum saya keluar bekerja.  Saya membesarkan diri sendiri, katanya, tidak pernah dimanjakan, sementara ada peluang, biarlah dia manjakan saya, walaupun sedikit.  Saya tidak sampai hati untuk bertanya adakah dia kesal? Yang saya ingat adalah perasaan rimas dia terhadap saya sebab begitu alah kepada gigitan agas hingga mata dan telinga bengkak. Atau berkudis apabila dicucuk lalang.  Atau terlalu senang muntah. Kenapa tak jadi puteri, jeritnya.  Da...