Pemindahan Pembelajaran
Ketika saya belajar di Australia, biasiswa Rancangan Colombo saya ialah 130 ringgit Australia. Oleh kerana saya ingin adik-adik saya meneruskan pembelajaran mereka, saya menghantar 30 ringgit Australia kepada ibu saya. Bajet saya menjadi lebih kecil dan memerlukan perancangan yang rapi. Walaupun begitu, saya membeli sebuah mesin jahit Bernina secara ansuran. Saya fikir, secara jangka panjang, membawa manfaat kepada saya. Setiap minggu, saya menyimpan setiap sen yang boleh dan membayar sedikit-dikit hingga mesin tersebut menjadi milik saya. Saya perolehi kain yang berkualiti dan cantik, berharga amat murah, dengan membeli baju besar terpakai di Salvation Army. Saya tetas jahitan baju tersebut dan mengolah semula menjadi baju saya. Ini gambar saya memakai "jumpsuit" diperbuat daripada kain "summer wool": Kelahiran anak pertama saya menyempitkan lagi keadaan kewangan. Kemahiran menjahit banyak membantu saya. Saya terus menjahit u...