Perjalanan Mencari Penyembuhan

 


Semasa ibu saya tinggal bersama saya 1977 hingga dia meninggal empat tahun kemudian, dia ada bercerita, saya seorang bayi yang sihat, tidak mudah meragam dan senang dibesarkan.  Hanya satu masalah: rasa ingin tahu yang amat tinggi dan tidak mudah ditakutkan.  Dia terpaksa letak teko dan segumpal kapas di muka pintu, kalau tidak saya akan turun tangga.  Yang ganjilnya, dia tidak ingat kenapa saya takutkan dua benda tersebut?

Ketika ibu saya sihat, dia bersusah payah sediakan bekal dan sarapan untuk saya sebelum saya keluar bekerja.  Saya membesarkan diri sendiri, katanya, tidak pernah dimanjakan, sementara ada peluang, biarlah dia manjakan saya, walaupun sedikit.  Saya tidak sampai hati untuk bertanya adakah dia kesal?

Yang saya ingat adalah perasaan rimas dia terhadap saya sebab begitu alah kepada gigitan agas hingga mata dan telinga bengkak. Atau berkudis apabila dicucuk lalang.  Atau terlalu senang muntah. Kenapa tak jadi puteri, jeritnya.  Dalam hati saya menjawab "Kalau boleh saya pun nak jadi puteri!" Tetapi itulah, kenangan yang tersimpan tidak semestinya realiti keseluruhan.

Pahitnya zaman kanak-kanak saya bukan kemiskinan dan kekurangan makanan, tetapi tiada tempat bercerita, bertanya, meluahkan perasaan, mendapat sokongan.  Adakah keperitan ini memberi kesan kepada sistem imun?

Saya ingin jelaskan saya tidak sesal terhadap masa lampau saya.  Itulah takdir saya.  Juga tiada niat bagi mengaibkan orang tua saya.  Niat saya berkongsi pengalaman ialah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan.  Supaya nilai dan tingkahlaku yang merosakkan diubah dan tidak dibawa kepada generasi seterusnya.

Pengalaman saya sebagai pembantu mendengar keluh kesah orang lain, mengajar saya hanya dengan redha ada penyembuhan. Amat menyedihkan apabila seseorang itu sukar memberi dan/atau menerima kasih sayang hanya kerana ketakutan ditolak (rejected), atau mempunyai kepercayaan, diri tidak cukup elok bagi disayangi.

Saya amat percaya tubuh badan, minda dan roh bergabung begitu rapat, penyembuhan hanya boleh berlaku apabila ketiga-tiga diambil kira sebagai satu entiti unik dan dinamik.



Websites: www.distilledmoment.com

                 www.redha.net

Email.    : distilledmoment@gmail.com

Instagram username : halijah.mohd

Twitter handle: @distilledmoment


Ulasan

  1. Salam
    Menyedari bahawa saya ini hanyalah salah satu daripada berbilion manusia, yang dilengkapi pelbagai potensi diri, yang akan jatuh, bangun, jatuh lagi dan bangun lagi, jatuh jatuh dan jatuh...kemudian bangun lagi untuk menjalani hidup, merupakan proses penyembuhan andainya saya redha dengan bentuk perjalanan hidup ini. Puan, laluilah hidup ini dengan tabah dan sabar kerana pada setiap yang berlaku itu, sentiasa ada pengajaran yang boleh digarap darinya.

    BalasPadam
  2. I am lost for words. Since small are the big challenges.

    BalasPadam
  3. Begitulah ditakdirkan. Walaupun begitu, banyak rahmat yang Allah kurniakan untuk saya

    BalasPadam
  4. Allahuakhbar!!! Sungguh mendalam.penelitian diri dan keadaan persekitaran sepanjang proses membesar sejak kecil ini dapat saya kutip pengajaran bermakna. Terima kasih banyak2 Sifu. Saya sayang sangat2 kepada Sifu yang sentiasa mendidik saya dengan pelbagai nilai dalam kehidupan ❤💙💛💚

    BalasPadam
  5. Same here, Puan.
    Pahitnya zaman kanak-kanak saya bukan kemiskinan dan kekurangan makanan, tetapi tiada tempat bercerita, bertanya, meluahkan perasaan, mendapat sokongan.

    And maybe this is why I am in this profession .. to tadah telinga kepada mereka yang nak bercerita, to have deep discussions to their questions, to provide them a safe place to luahkan perasaan and to give support through their life journey .... <3 Hugs to us, Puan.

    BalasPadam

Catatan popular daripada blog ini

Apabila Sesuatu Tidak Dapat Dilihat Walaupun di Depan Mata

Nilai Belas Kasihan, Bahagian 1

Pemindahan Pembelajaran