Trauma: Proses Penyembuhan
Hampir setahun lalu, beberapa tuduhan pedas dilemparkan kepada saya. Saya tidak sangka saya akan mengambil masa yang lama untuk mengendalikan kesakitan yang amat sangat. Saya rasa apa yang berlaku mengembalikan trauma penolakan dan pengabaian yang saya rasai semasa kecil. Seolah-olah struktur hidup saya berselerak dan saya terpaksa membina struktur baru sebelum saya boleh berfungsi dengan stabil. Seperti yang disebut oleh Gabor Mate, trauma adalah luka psikologi, walaupun luka itu telah sembuh, parutnya tetap ada. Apa yang berlaku menyebabkan saya mengandaikan kesakitan yang saya rasa langsung tidak penting. Tiada usaha dibuat untuk membantu saya memahami keperluan mereka untuk menyakiti saya, atau perkongsian tentang apa yang berlaku dalam diri mereka yang mereka rasa betul untuk mengucapkan kata-kata yang begitu menyakitkan. Sama seperti semasa saya kecil, tiada siapa yang mengakui bahawa saya terluka. Tiada kata-kata untuk memberi keselesaan, penjelasan atau permohonan maaf setelah ...