Melepaskan Kenangan Pahit

Khamis, 4hb Ogos, saya berjalan dalam hujan di tepi tasik. Hujan sudah lebih seminggu. Saya rasa resah tidak melakukan riadah. Saya memakai hoodie dan sepasang selipar yang selesa dan terus meredah hujan . Sejuk dan berangin. Sangat menyegarkan. Selepas jarak yang singkat, air mata berjurai-jurai. Saya menarik nafas panjang dan meneruskan zikir. Begitu mengejutkan! Dengan rasa ingin tahu dan empati kepada diri, saya dengan tenang membenarkan ingatan lampau menjelma. Apakah maksud air mata itu? Saya mungkin berumur lapan tahun. Sesi sekolah baru sahaja tamat. Hujan turun sepanjang hari. Sekolah telah kosong. Dunia kelihatan gelap dan suram. Kebanyakan kanak-kanak telah dijemput oleh penjaga masing-masing. Saya berasa sejuk dan lapar, berdiri di tepi tiang supaya diri tidak kelihatan. Apabila hujan tidak reda, saya mengambil keputusan untuk mengharunginya dan mula berjalan pulang. Dengan ...