Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Bercucuk Tanam di Tempat Baru

Imej
  Satu daripada sebab saya berpindah ke tempat baru empat tahun dahulu, ialah untuk mencari peluang membentuk cara hidup yang mungkin membawa kepada penyembuhan.  Di antara usaha adalah mengurangkan bahan racun dalam makanan.  Rumah baru saya mempunyai ruang yang kecil untuk bercucuk tanam.  Maklumlah, saya berpindah dari lot banglo ke rumah teres.  Ini juga kali pertama saya bercucuk tanam sendirian.  Walaupun begitu, saya boleh mendapatkan bantuan daripada anak dan cucu lelaki saya.  Saya tahu saya perlu memperbetulkan beberapa sikap saya sebelum bermula.   Saya ingin membentuk minda pemula (beginner's mind).  Bukanlah saya tidak pernah bercucuk tanam, tetapi saya ingin mewujudkan keadaan diri yang terbuka dan menghayati setiap detik yang saya alami.  Saya mengharapkan bila saya tidak terlalu bergantung kepada andaian, pemikiran saya akan lebih kreatif. https://youtu.be/Vbok6_PgMKs Saya juga berfikir, minda pertumbuhan (growth min...

Mensyukuri Bantuan Ikhlas Seorang Guru

Imej
Kalau ingatan saya betul, Miss J mula bertugas di sekolah asrama saya ketika saya di tingkatan dua.  Saya amat tertarik dengan Miss J kerana dia berambut perang tetapi amat berlainan daripada guru-guru sukarelawan yang pernah bertugas di sekolah.  Saya berpeluang menyatakan keheranan saya apabila Miss J memanggil saya ke gimnasium.  "I am a mongrel, Halijah".  Itu jawapan Miss J.  Miss J risaukan lebam yang tidak mahu baik di kedua-dua tangan saya setelah bermain bola tampar.  Saya malu dengan Miss J kerana saya amat kekok apabila bermain apa-apa permainan fizikal. Satu hari, Miss J ternampak saya hampir pengsan.  Mungkin kerana saya tidak makan.  Saya banyak alahan, ada makanan yang menyebabkan saya tidak sihat.  Saya juga langsung tidak berduit.  Tidak ada pilihan untuk ke kantin.  Kalau ada yang mempelawa saya makan, saya menolak, kerana saya tahu saya tidak berpeluang membalas balik.  Tidak siapa tahu masalah saya.  Un...