Mempelajari Kepentingan Fokus

Walaupun banyak masa kanak-kanak saya dihabiskan di atas pokok, saya bukanlah secara semulajadi pandai memanjat. Tindakan memanjat memerlukan fokus dan perancangan. Pokok menjadi tempat sembunyi, tempat selamat serta tempat paling mudah membuat pemerhatian. Apabila saya tidak memberi fokus, kemalangan berlaku. Ayah pernah memindahkan kami sekeluarga ke tempat baru untuk mencuba nasib dalam satu projek. Saya rasa kehilangan kerana tidak banyak pokok yang boleh dipanjat dengan selamat. Tiap-tiap hari saya berlatih memanjat sepohon pokok berhampiran rumah sewa kami. Lama kelamaan saya berjaya memanjat pokok tersebut dengan selesa. Ada seorang kanak-kanak perempuan yang sebaya dengan saya ingin berkawan. Namanya Lijah Simpul, kerana keningnya bersimpul. Ibu saya mengerah saya berkawan dengan Lijah Simpul. Kita di tempat baru, perlu mengambil hati orang lain, katanya. Lijah Simpul kuat mengengek, tidak boleh salah...