Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Apa Yang Tersorok Dalam Badan Sendiri?

Imej
  Keadaan agak aman ketika saya dan keluarga mula mendirikan rumah.  Kawasan masih dipenuhi belukar, kelapa sawit serta pokok getah.  Tetapi setelah 10 tahun, makin banyak rumah didirikan.  Monyet makin banyak, mungkin sudah kehilangan tempat tinggal.  Satu hari, saya sedang menjemur pakaian, seekor monyet jantan menyerang saya.  Syukur saya sempat masuk ke dapur.  Anehnya, saya menggeletar dan tidak boleh bergerak, hanya mampu bersandar di dinding dan terduduk di lantai.  Saya selalunya bukanlah seorang yang cepat takut atau terkejut. Air mata berjurai-jurai, saya teringat kembali satu kejadian semasa saya berumur mungkin lima tahun.  Waktu pagi, tiada siapa di rumah, saya ditugaskan menjaga adik kembar saya yang sedang tidur di buaian.  Tiba-tiba seekor monyet jantan menerpa buai.  Saya rentap parang panjang ayah saya dan tanpa berfikir, menghalau monyet tersebut.  Syukurnya, dia lari ke tanah.  Saya menggigil dan berpel...

Memohon Kemaafan?

Imej
  Menyambung cerita, selepas kejadian saya menggigit bahu seorang remaja panjang lampai, gangguan fizikal terhadap saya berhenti.  Adakah mereka mengerti saya akan mempertahankan diri sehabis daya? Hanya yang tidak berhenti adalah ejekan.  Dah naik pangkat ye? Itu ketika satu lagi tampal naik ke baju.  Berbagai lagi kata cemuhan, tetapi saya boleh berjalan ke sekolah atau pulang ke rumah dengan tidak menghiraukan mereka. Ada satu kejadian yang sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, tetapi tiada cara mencari penyelesaian.  Hanya berdoa dan memohon ampun kiranya saya telah melakukan satu kezaliman.  Ada seorang guru pelatih yang amat muda, mungkin di awal 20han.  Dia mengajar di sekolah saya selama 6 atau 8 minggu. Dia mula mesra dengan saya apabila saya membantu dia mengajar pecahan.  Dia terkial-kial mencari perkataan tetapi pelajar masih tidak memahami konsep pecahan.  Saya membantu dengan menunjukkan keratan dan lipatan kertas.  Gu...

Sekotak Pensil Warna

Imej
  Saya ingin menyambung cerita Ustaz H.  Dia suka membawa saya ke kelas darjah lima dan enam.  Dia gunakan saya sebagai contoh budak rajin bagi memalukan budak-budak lelaki yang tidak tekun belajar.  Sebenarnya saya tidak rajin belajar, hanya belajar begitu mudah bagi saya.  Ketika itu ada pelajar yang amat besar, kerana umur pendaftaran sekolah tidak diseragamkan.  Tindakan Ustaz H menghasilkan dendam terhadap saya di hati remaja-remaja panjang lampai tersebut.  Mereka suka mengejek saya dan mengepung saya beramai-ramai.  Saya mengadu kepada ayah saya walaupun saya pasti dia tidak akan membantu saya.   Pertama jangan tunjuk rasa takut.  Capai apa-apa yang dapat seperti kayu dan sebagainya.  Jangan sesekali memulakan pergaduhan atau dengan sengaja melakukan kesalahan.  Itu pesan ayah saya.  Kalau kita di jalan benar, lebih senang orang baik-baik mempertahankan kita.  Kalau perlu mempertahankan diri, tumbuk dari b...

Menghukum Tanpa Bertanya

Imej
Bermulalah desas-desus saya tidak mahu berubat.  Ada pula yang takut terkena hantu kalau duduk dekat dengan saya.  Takut pula tersihir kalau berkongsi makanan yang saya masak. Terpinga-pinga saya.  Tidak percaya apa yang berlaku.  Mereka ini satu ketika saya anggap kawan.  Mereka ini juga melaungkan belas ehsan, kasih sayang, penerimaan tanpa syarat.  Tidak cepat menghukum orang lain.  Kata-kata hanya di mulut? Luluh hati saya, seolah-olah ditampar hingga terduduk. Ingin saya berhenti kerja.  Sukar sungguh bekerja dengan mereka yang berusaha mengenepikan saya.  Saya tenung muka anak-anak saya.  Bagaimana membesarkan mereka kalau tidak bekerja?  Saya amat bersyukur, oleh kerana saya membesar dalam keadaan yang amat perit, saya mempunyai kecekalan meneruskan tugas.  Saya tumpukan kepada mengajar dan membantu pelajar.  Saya tekad tidak menceritakan hal saya kepada pelajar.  Bertekad tidak memburukkan nama sesiapa.  ...